Panduan Lengkap Mengisi Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkidmatan Awam (SPA8)

0
791

 

Seperti yang diketahui umum, untuk memohon pekerjaan di sektor kerajaan, calon hendaklah membuat permohonan secara online di Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i).

Bagi calon yang masih belum memiliki akaun SPA hendaklah mendaftar terlebih dahulu dimana calon diminta untuk mengisi Nombor Kad Pengenalan, Kata Laluan dan beberapa maklumat asas.

#1 Pendaftaran SPA8i

  • Anda diwajibkan mengisi semua medan bertanda *
  • Pastikan anda memasukkan nombor telefon dan alamat emel yang masih aktif kerana semua penghantaran notis dan surat panggilan adalah melalui telefon dan emel.
  • Pastikan anda mengisi dengan lengkap dan betul segala maklumat yang diminta.
  • Sila pastikan anda mengingati soalan keselamatan kerana akan digunakan bagi tujuan reset kat laluan.
  • Sila semak dengan teliti sebelum anda menekan butang Daftar.

Link mendaftar: https://putra2.spa.gov.my/spa8i/index.asm

#2 Mengisi Maklumat Pemohon

  • Selepas membuat pendaftaran sila pastikan anda mengisi borang spa8 dengan betul dan lengkap.
  • Antara maklumat yang perlu anda pastikan diisi dengan betul dan tepat adalah:
  • Maklumat Akademik daripada PMR sehingga yang paling tinggi
  • Maklumat Ko-kurikulum
  • Maklumat Tambahan seperti bakat yang anda miliki dan penguasaan anda dalam bahasa lain.
  • Selepas anda memasukkan segala maklumat di dalam borang spa8 secara online sila pastikan anda tekan butang simpan sebelum anda pergi kepada peringkat seterusnya.

Untuk Register dan Login bagi mengisi borang spa8, sila ke pautan ini : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

#3 Membuat Permohonan Jawatan Kosong

  • Klik pada menu JAWATAN DIPOHON, sub-meny “Jawatan SPA” dan sub-menu “Jawatan PDRM/LAIN” seperti beriku akan dipaparkan:

  • Dimaklumkan bahawa jawatan yang boleh dimohon bergantung kepada Maklumat Akademik anda. Oleh itu, sila pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul.
  • Pilih jawatan pada ruang Jawatan Yang Layak Dipohon dan tekan butang >> bagi memasukkan jawatan tersebut ke ruang Jawatan Yang Dipohon.
  • Jika ingin membatalkan permohonan jawatan yang telah dipohon, sila pilih jawatan tersebut di ruang Jawatan Yang Dipohon dan tekan butang <<.
  • Pilih Pusat Temuduga / Ujian Khas yang Dipilih daripada senarai yang diberikan.
  • Tekan butang SIMPAN untuk menyimpan maklumat yang telah diisi atau tekan butang BATAL untuk membatalkan maklumat yang telah dimasukkan.
  • Klik pada sub-menu “Jawatan PDRM/LAIN” untuk memohon jawatan yang ditawarkan oleh Polis Di Raja Malaysia atau Agensi-agensi Kerajaan yang lain.
  • Tekan butang SIMPAN untuk menyimpan maklumat yang telah diisi atau tekan butang BATAL untuk membatalkan maklumat yang telah dimasukkan.
  • Anda hanya boleh memohon 15 jawatan sahaja dalam satu-satu masa
  • Pemohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu:
  • Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja.
  • Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM.
  • Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.

#4 Pengakuan Pemohon

  • Pastikan anda membuat pengakuan pemohon setiap kali anda kemaskini jawatan kosong.
  • Caranya ialah dengan hanya klik pada pautan Pengakuan Pemohon dan semak kembali jawatan-jawatan yang anda mohon dan klik pada SAYA SETUJU dan tekan butang HANTAR.
  • Kecuaian anda meninggalkan langkah menekan butang HANTAR akan menyebabkan permohonan anda tidak akan diproses.

  • Resume seperti rajah di bawah akan dipaparkan untuk memaklumkan bahawa anda telah berjaya mendaftar.
  • Anda boleh mencetak Slip Akuan Pendaftaran sebagai rujukan.

#5 Semakan Permohonan

  • Untuk melihat semakan jawatan kosong yang telah anda mohon anda boleh lihat pada pautan Semakan Permohonan pada Laman sesawang SPA8.
  • Selepas anda membuat permohonan jawatan kosong sila pastikan tarikh daftar dan tarikh anda hantar permohonan anda adalah sama.

  • Sekiranya paparan “Tiada Urusan Pengambilan Mulai Tarikh
    Pendaftaran Permohonan Jawatan” bermakna tiada urusan pengambilan jawatan tersebut dari tarikh daftar.
  • Jika paparan “Tidak Melepasi Syarat-syarat Semasa Yang Ditetapkan
    Oleh Suruhanjaya” bermakna anda tidak melepasi tapisan yang disyaratkan oleh SPA iaitu kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan / Kementerian bagi tujuan mengimbangi bilangan kekosongan jawatan dan bilangan calon yang layak memohon jawatan berkenaan. Antaranya adalah kredit dalam matapelajaran tertentu. Dalam perkara ini, SPA menetapkan hanya calon-calon yang terbaik dikalangan pemohon yang akan dipanggil temuduga bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan.

Selamat Mendaftar!!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here