7 Idea Kerja Dari Rumah Dengan ZERO Bajet!

0
126

 

Setiap hujung bulan poket asyik kering je, kan best kalau ada duit lebih bolehlah aku enjoy sikit! Penat nak hadapi situasi seperti itu setiap bulan?

Usah bimbang dan resah, admin nak share sikit cara nak pastikan poket korang tak kering lagi setiap hujung bulan! Syaratnya kena rajin dan sanggup korbankan sedikit masa cuti korang.

Sebenarnya ada bermacam-macam idea untuk menghasilkan duit ni. Kalau pandai promote lagilah masyuk bossku! Bukan susah pun, korang buat ni sebagai kerja dari rumah je!

Syok tau dapat buat duit dengan hanya berada di rumah. Disini admin senaraikan 7 kerja dari rumah yang korang boleh mulakan sekarang! Tak payah nak keluarkan bajet! Ya ‘ZERO’ bajet!

#1 Kerja Sambilan Sebagai Penulis Untuk Bisnes Dalam Instagram

Instagram menjadi platform untuk kumpulan peniaga untuk mempromosikan perniagaan mereka. Tersangatlah banyak perniagaan yang korang boleh jumpa dalam Instagram, tak percaya cuba korang #sayajual, perlbagai jenis produk yang korang boleh jumpa.

kalau korang memiliki kemahiran & skill yang baik dalam penulisan, apa kata anda offerkan khidmat ini kepada peniaga dalam Instagram. Kalau ayat korang tahap ‘Padu Beb’, mungkin ini boleh jadi kerja dari rumah yang luar biasa masyuk!

#2 Kerja Sambilan Mengajar Cara Penggunaan Internet

Korang jangan gelak pula dengan idea admin ni! Walaupun jarang di dengar, tapi kalau dikaji sebenarnya permintaannya agak tinggi.

Tahukah korang terlalu ramai orang di luar sana terutamanya orang tua yang memerlukan bantuan dari segi teknologi.

Apa kata korang gunakan segala skill ‘moden’ yang penuh di dada tu untuk membantu mereka. Contohnya, membuka akaun Facebook/Twitter/Blog atau email untuk mereka.

Kerja dari rumah yang ni cukup simple!

#3 Kerja Dari Rumah Dengan Dropship

Korang mesti dah biasa dengar pasal dropship? Konsep dropship ni mudah je iaitu korang hanya perlu marketkan produk jualan syarikat lain dan uruskan komunikasi dengan pelanggan.

Apa yang best mengenai dropship ni adalah anda tak perlu pening kepala memikirkan mengenai postage kerana hal ini syarikat yang uruskan hal ini. Yang penting korang kena bijak marketing dan komunikasi je.

Dah ramai tau dapat duit masyuk tiap bulan dengan hanya menjadi dropship!

#4 Kerja Dari Rumah Sebagai Jurualih Bahasa

Kerja dari rumah ini memerlukan skill bahasa yang mantap. Bagi mereka yang dapat menguasai banyak bahasa ini la peluang anda untuk buat duit.

Jangan dihadkan untuk buku-buku je, korang juga boleh alihkan bahasa dengan menulis sarikata bagi mana-mana movie atau drama.

kalau korang rajin korek dalam-dalam, mesti korang dapat jumpa sesiapa yang patut dihubungi bagi menawarkan perkidmatan korang.

Kerja dari rumah ini mungkin agak mencabar pada awalnya, tapi sekali dapat memang masyuk!

#5 Perkhidmatan Urutan Kepada Pemandu Grab

Begitu ramai yang memandu untuk syarikat Grab bagi mendapatkan duit tambahan. Apa kata korang ‘gunakan’ pula kelenguhan driver Grab ini untuk mencari wang tambahan kepada korang.

Sesiapa yang ada skill urutan boleh cuba-cuba promosikan perkhidmatan korang kepada pemandu Grab sekarang!

#6 Mengumpul Dan Menjual Barangan Kitar Semula

Idea kerja sambilan ni mungkin dah ramai yang tahu tapi ramai yang tak buat. Sedangkan kerja sambilan ini cukup BEST jika anda buat di apartment, kondo atau mana-mana kawasan rumah bertingkat yang lain sebab dengan hanya satu block korang dah dapat mengumpul banyak barangan kitar semula. Masyuk!

#7 Menawarkan Khidmat Potong Rumput

Cari dua orang pekerja dengan gaji RM140 sehari termasuk minyak mesin. Upah satu rumah biasanya sekitar RM60 dan kerja hanya 2 jam untuk sebuah laman.

Tugas kita hanya perlu promosikan perkhidmatan potong rumput di kawasan perumahan, deal pelanggan, ambil hantar pekerja dan kutip duit.

Sehari cuba dapatkan 5 buah rumah untuk seorang pekerja, jadi kita akan dapat sehari RM320 x 30 hari = RM9,600.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here