Permohonan Guru Sekolah Rendah & Menengah KPM Lepasan SPM Kini Dibuka

0
329

 

Permohonan Guru Sekolah Rendah & Menengah KPM Lepasan SPM kini di buka

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2019 Lepasan SPM kini di buka untuk seluruh negara.

Bagi calon lepasan SPM yang bercita-cita mahu membina kareer sebagai guru, anda dialu-alukan untuk memohon kemasukan ke PISMP 2019.

Untuk maklumat, PISMP atau Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan adalah program guru tajaan KPM bagi pelajar lepasan SPM.

Berikut dikongsikan antara maklumat penting yang wajib anda tahu sebelum memohon kemasukan ke program PISMP 2019.

Maklumat Permohonan PISMP 2019

Permohonan Guru IPG PISMP 2018 akan di buka pada 19 Mac 2018 sehingga 25 Mac 2018. Rujuk iklan permohonan di bawah:

Syarat Kelayakan Program Guru Tajaan KPM

Terdapat beberapa syarat umum yang perlu dipenuhi pelajar antaranya:

  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2014 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1994
  • Calon mesti sihat tubuh badan
  • Calon mesti aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • Calon mendapat gred cemerlang Makluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (4) mata pelajaran di Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Calon mesti mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian (kredit) dalam mata pelajaran yang berikut:

– Bahasa Melayu

– Sejarah

– Lulus Bahasa Inggeris

– Lulus satu subjek lain

  • Calon memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk Syarat Bidang Pengkhususan dalam permohonan online).

Perlu diingatkan bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan guru daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM.

Berikut antara bidang pengkhususan yang ditawarkan mengikut jenis sekolah:

Sekolah Kebangsaan (SK)

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tamil
  • Bahasa Iban
  • Bahasa Kadazandusun
  • Pendidikan Islam
  • Matematik
  • Sains
  • Pendidikan Khas
  • Bahasa Arab
  • Pendidikan Muzik
  • Sejarah
  • Pendidikan Jasmani
  • Rekabentuk dan Teknologi
  • Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Bimbingan dan Kaunseling

Untuk bidang pengkhususan PISMP bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Anda boleh baca di sini.

Pengenalan PISMP 2019

Sebelum melayakkan pelajar mengikuti PISMP 2019, pelajar terlebih dahulu perlu memohon masuk ke Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruaan (PPISMP) selama setahun atau dua semester di IPG yang telah ditetapkan oleh KPM.

Pemohon yang lulus akan diberikan sijil tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama 4 tahun di IPG yang ditetapkan.

Kedua-dua PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.

Elaun Sara Hidup Pelajar IPG

Pelajar PISMP akan terima elaun RM430 sebulan seperti biasa.

Namun, yuran pengajian sebanyak RM27,831 akan terus ditanggung oleh pihak kerajaan sepanjang tempoh pengajian selama empat tahun.

Cara Memohon Online

Kemasukan ke program ini disiarkan dalam surat khabar tempatan setiap tahun

Permohonan ke program PPISMP boleh dilakukan secara online menerusi portal rasmi Kementerian Pendidikan Malysia di www.moe.gov.my.

Pemohon perlu mendapatkan maklumat mengenai pengkhususan, syarat kemasukan dan kalendar akademik sebelum memohon. Hanya SATU permohonan dibenarkan untuk setiap pemohon.

Permohonan yang tidak lengkap ataupun mengandungi maklumat palsu tidak akan diterima

Calon yang dipanggil untuk temuduga perlu menduduki peperiksaan Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK)

Calon haruslah menanggung sendiri segala perbelanjaan semasa menghadiri temuduga

Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya hanya akan diberikan semasa calon melaporkan diri di Isntitut Pendidikan Guru yang telah ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut layari portal rasmi PISMP 2019 di bawah

IKLAN PENUH PERMOHONAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here