7 Tips Untuk Anda Bekerja Dengan Ceria Tanpa Stress Di Tempat Kerja

0
116

 

“Malasnya nak ke ofis, kan best kalau boleh duduk rumah goyang kaki duit masuk. Tak perlu nak hadap bos 24 jam, tak perlu makan hati dengan kaki gosip, kaki ampu. Tak seronok langsung tempat kerja, tapi kalau tak kerja poket kering pula. Nak tukar-tukar kerja aku pun bukan muda. Apa tips bekerja untuk lebih seronok ya..?

Jika anda stress dan tak happy di tempat kerja, ketahuilah bukan anda seorang yang menghadapi dilema tersebut.

Rata-ratanya daripada kita bekerja hanya untuk kelangsungan hidup. Gembira atau tidak di ofis itu belakang kira.

Kan best kalau dapat bekerja dalam suasana ‘fun’ dan tidak stress. Kalau dapat macam tu, kerja tujuh hari seminggu pun tak mengapa!

Tapi tahukah anda persekitaran kerja yang teruk tak bermakna kita tidak boleh berseronok kerana keseronokan itu sebenarnya boleh dicari.

Disini dikongsikan beberapa tips untuk anda bekerja dengan ceria!

7 Tips Untuk Anda Bekerja Dengan Ceria, ‘Tendang’ Stress Anda Jauh-Jauh

Cuba amalkan beberapa tips ini untuk membolehkan kita meninggalkan segala perkara negatif, ceria dan tetap fokus di tempat kerja.

  1. Cari Kawan ‘Satu Kepala’

Memiliki kawan ‘satu kepala’ merupakan anugerah terindah di tempat kerja.

Bersama-sama mereka sedikit sebanyak akan menceriakan hari-hari kita sepanjang di ofis.

Stress kerja pun dapat dikurangkan apabila ada kawan untuk berkongsi.

2. Hias Meja Kerja

Jadikan ofis sebagai rumah kedua kerana di situlah tempat kita berada sepanjang bekerja.

Maka hias meja kerja mengikut cita rasa, baru la gembira bila berada di tempat duduk.

Tapi jangan over sangat sampai penuh hiasa di meja pula.

3. Buat Apa yang Anda Suka

Berada di ofis sepanjang hari tidak bermakna anda tidak dapat buat apa yang anda suka misalnya pada waktu ‘break’.

Contohnya anda boleh cari resepi-resepi menarik untuk dicuba malam nanti atau pada hujung minggu.

Cuma ingat! Jangan pula amalkan tips ini sampai leka hingga tidak membuat kerja.

4. Buat Benda Baru

Kesibukan kerja kadang kala membataskan waktu kita untuk mengambil tahu apa yang terjadi di persekitaran.

Ada yang sampai tiada masa untuk bertegur sapa dengan staf luar jabatan.

Jadi ambil masa untuk berkomunikasi dengan staf di luar jabatan dan anda pastinya akan seronok mengenali ramai orang apabila dapat mengetahui pelbagai info yang berlaku di ofis.

5. Jauhi Semua Perkara Negatif

Cuba sedaya upaya untuk elak perkara negatif di ofis kerana ianya mampu ‘membunuh’ keseronokan ketika di ofis.

Elakkan diri anda daripada makcik-makcik bawang yang suka menimbulkan kontroversi dan gosip kerana mereka ini membawa aura negatif.

6. Selalu Bergerak

Sekali-sekala bangun dan bergerak daripada tempat duduk anda. Kerana duduk sepanjang masa bukannya sihat.

Anda boleh berjalan keluar sekejap sambil merasai angin luar, bersenam ringan atau sebagainya.

7. Buang Masalah Peribadi

Masalah peribadi mampu mempengaruhi emosi anda ketika berada di ofis.

Sebab itu, sebaik masuk di ofis, ‘buang’ jauh-jauh semua masalah peribadi di luar.

Lupakan segala masalah di rumah dan fokuskan pada kerja. Baru semangat!

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here